Wednesday

Kisah Duka



Hari ni saya nak share sesuatu yang saya rasa menjadi 'mimpi ngeri' dan 'ketakutan' kepada semua kaum wanita diluar sana. Cerita ini diharap dapat menjadi peringatan dan pedoman kepada kita semua sebagai kaum wanita termasuklah diri saya.

Saya mengenali Pn N apabila Pn N ingin mencuba Korset Premium Beautiful. Saya sangat berbesar hati apabila pihak stokis memilih saya sebagai beauty consultan pada hari itu untuk berkongsi tip2 berguna korset premium beautiful ini. 

Sedang saya memberi consultation about benefit of Premium Beautiful Corset ini, Pn N mula membuka cerita dan berkongsi kisah suka dukanya. Saya juga sambil fitting sambil mendengar kisah suka duka Pn N yang ingin dikongsikan bersama saya. Berbicara dengan Pn N seolah2 saya sangat mengenali beliau..padahal saya baru sahaja kenal dengannya...

Pada mulanya saya berkongsi kebaikan Premium Beautiful Corset ini yang mana saya pasti anda wanita diluar sana sudah tahu akan kebaikan corset ini. Korset yang merangkumi 70% Kesihatan dan 30% Kecantikan ini, 
adalah sangat luar biasa kepada sesiapa yang memilikinya dan memakainya mengikut peraturan dan nasihat yang diberikan.

Lepas berkongsi kebaikan korset premium beautiful ini, saya mula mengambil ukuran badan Pn N dan sambil2 itu, Pn N pun berborak dan bercerita tentang kisahnya dan mengapa dia ingin mencuba utk memakai korset premium beautiful ini.

Pn N ini sangat peramah, cantik dan umurnya late 30++.  Bekerja sebagai agen insurans dan telah berkahwin hampir 12 tahun. Namun kebahagiaan rumahtangga yang dibina hampir 12 tahun ini telah dirampas tanpa pengetahuannya. Betapa sedih dan hancur luluh hatinya apabila mendapat tahu bahawa suaminya telah berkahwin lain tanpa pengetahuannya setahun yang lalu....
cukuplah pandangan matanya menyatakan betapa remuk dan hancur hatinya sebagai seorang wanita...
Pn N yang sangat setia membina mahligai impian bersama suami tercinta dan tiba2 sekelip mata sahaja dirampas oleh wanita lain...

Saya yang mendengarnya juga sangat geram..ntahlah pelbagai perasaan menusuk2 tatkala mendengar luahan hati Pn N..sedih, geram, menyampah, terkilan tapi apakan daya , saya hanya orang luar yang hanya tahu sedikit kisahnya....
bak kata pepatah berat mata memandang , berat lagi bahu memikul...Saya mendengar dan memberi nasihat untuk meredakan hatinya...

Dan yang paling menyedihkan lagi Pn N memberitahu yang perempuan tersebut juga telah mengandungkan anak suaminya.....Untuk pengetahuan Pn N ni, tidak mempunyai cahaya mata sehingga kini setelah hampir 12 tahun mendirikan rumahtangga...Jadi Pn N nekad  untuk mencuba korset premium beautiful ini yang antara benefitnya adalah merawat masalah wanita...Pn N juga mempunyai masalah period yang tidak teratur, mungkin antara penyebab Pn N sukar untuk mengandung.

Alhamdulillah setelah Pn N mengetahui tentang kebaikan korset premium beautiful ini, beliau decide untuk mencuba. Kalau nak tahu , Pn N bukan sahaja membeli korset premium beautiful, malahan Pn N juga membeli Pil Herba Maharani juga baik untuk tenaga dan masalah wanita serta menstabilkan hormon.

gabungan korset premium beautiful + Pil herba maharani In Sya Allah




In Sya Allah, ini adalah usaha dan ikhtiar kita sebagai insan biasa dan selebihnya kita perlu banyak2 berdoa kepada Allah..

Saya doakan semoga Pn N tabah dalam mengharungi liku2 kehidupan. Semoga dengan doa dan usaha ini akan memberi peluang kepada Pn N untuk menimang cahaya mata. Amin...




Anak adalah anugerah paling bernilai dari yang Maha Esa.
Bagi wanita2 diluar sana, ikhtiar dan usaha untuk kebahagiaan rumahtangga kita.


Luv,


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

-